Tentang Kami


UNIT HAL EHWAL ISLAM

PENGENALAN

Pada awal Julai 2010 telah diwujudkan Unit Hal Ehwal Islam HPSF. Unit ini akan mengendalikan
setiap aktivitiaktiviti islam mengikut jadual yang telah di tetapkan untuk semua anggota kakitangan 
dan pesakit-pesakit HPSF. Unit ini terletak bersebelahan dengan Unit Keselamatan HPSF.

ORGANISASI 

Unit ini dipertanggungjawabkan dibawah seliaan Pengarah Hospital dan  Penolong Pengarah 
Pentadbiran dan Pegawai tadbir Diplomatik. Unit ini hanya terdapat seorang kakitangan sahaja 
dikenali dengan jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S 27.

VISI

Berperanan sebagai satu Unit dalam menguruskan pendidikan dan bimbingan Islam kearah
melahirkan anggota dan pesakit yang berpengentahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.

MISI 

Menguruskan sistem pengurusan yang terbaik dalam pendidikan dan bimbingan Islam bagi 
merealisasikan pemahaman mengenai asas fardhu ain dan fardhu kifayah yang berkesan dan sesuai


SASARAN UNIT HAL EHWAL ISLAM
  • Memberi khidmat dan bimbingan keagamaan kepada pesakit dan anggota di HPSF. 
  • Mengatur program keagamaan seperti ceramah-ceramah, bengkel, seminar dan lain lain bentuk yang bersesuaian.
  • Menjadikan anggota dan pesakit-pesakit HPSF seorang muslim yang benar benar mentaati Allah s.w.t  

No comments:

Post a Comment