Hospital Mesra Ibadah ( HMI )

Apakah itu Hospital Mesra Ibadah (HMI) ?

Definasi HMI adalah hospital yang mengamalkan kecemerlangan perkhidmatan dan berfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan nilai murni para pekerjanya. Tiga elemen utama dalam takrifan ini adalah 1) kecemerlangan perkhidmatan, 2) kesejahteraan pelanggan dan 3) budi pekerti para pekerja yang bernilai mulia.

Hospital yang mesra ibadah perlu mempunyai perkhidmatan yang cemerlang. Cemerlang dan berkualiti dari kacamata pelanggan yang menerima perkhidmatan tersebut. Teknologi perubatan yang dipergunakan seharusnyalah yang terkini, dimana pada kebiasaanya lebih selesa, tidak menyakitkan, lebih selamat, lebih cepat dan tepat kepada matlamat rawatannya. Ianya tidak semestinya yang mahal. Keselesaan perlu diukur dan diutamakan dari sudut pesakit, bukan semata-mata dari sudut perawat sahaja.

Hospital yang mesra ibadah perlu berfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan. Berbeza sedikit dengan hal kebiasaan sesebuah hospital yang berkualiti dimana hanya keperluan pelanggan dipenuhi. Dalam konteks HMI, kesejahteraan pelanggan adalah diutamakan, disini penekanan adalah kepada keseluruhan aspek jasad dan kerohanian yang dirawat sama. Pesakit perlu memperolehi ketenangan jiwa dan pemikiran, diberikan nasihat dan kaunseling, diransangkan dengan suasana mendekatkan diri dengan Allah SWT tidak kira peringkat mana tahap sakitnya, disedarkan dengan hikmah penyakitnya, disamping mendapat rawatan dan sentuhan ramah para perawat dihospital. Bilamana pesakit keluar dari hospital, mereka merasakan dipertingkatkan martabatnya disisi Allah SWT, menerima sakit susah penyakitnya dengan penuh rela dan tabah, mengambil ikhtibar darinya dan bersyukur telah memperolehi kesihataannya kembali. Dalam hal ini, adalah sukar bagi pesakit biasa untuk memperolehi kesejahteraan total sekiranya tidak didorong oleh para perawat semasa mereka tinggal diwad. Setiap masa kosongnya perlu dipenuhkan dengan temanan mesra yang mengingatkan kepada kebesaran Tuhan, qada’ dan qadar Nya, hikmah disebalik setiap musibah dan seumpamanya.

Para pekerja di Hospital yang mesra ibadah perlu berbudi pekerti mulia. Mereka inilah yang melengkapkan kesempurnaan dari 2 ciri yang sebelumnya. Pekerja yang berbudi pekerti mulia sentiasa dengan senyuman, sentuhan dan sapaan ramah yang ingin membantu. Mereka bersopan dan beradap ketika bertutur, ketika menjalankan tugas, ketika berjalan, samada dihadapan pelanggan atau dibelakang. Mereka ini juga berpekerti mulia dirumah dan ditempat kerja. Mereka mempunyai hubungan interpersonal yang dikagumkan, selesa dengan semua orang, mudah didekati oleh sesiapa, orang tidak mahu bermusuh dengan mereka. Mereka mempunyai air muka yang sentiasa ikhlas dan menyenangkan. Mereka ini akan menceriakan suasana hospital dan dapat dirasakan oleh pesakit sebagai pengubat hanya dengan kehadiran pekerja-pekerja seperti ini. Mereka menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa dengan perasaan Allah sentiasa melihatnya, sentiasa menilainya dan sentiasa membantunya. Mereka juga menjalankan tugas dengan berteliti kerana merasai dua malaikat sentiasa mencatat apa yang mereka lakukan, apa yang mereka niatkan dan apa yang mereka fikirkan sehingga akhir hayatnya. Mereka bekerja dan berdakwah. Mereka bekerja sebagai beribadah. Setiap yang dilakukan adalah dengan nama Allah, mereka hidup kerana Allah.




CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK
HOSPITAL MESRA IBADAH




MAKLUMAT
Hospital Mesra Ibadah ini telah dilancarkan pada 21 Ogos 2010 di peringkat JKNJ bertempat di
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Johor.
Projek-projek di bawah Unit Hal Ehwal Islam Hospital Mesra Ibadah adalah seperti berikut
Menyediakan peralatan Ibadah, untuk memudahkan pesakit beribadah di setiap wad.
Contohnya:

  • - Arah kiblat
  • - Botol spray untuk wudhu
  • - Debu tayammum
  • - Bahan bacaan yang berbentuk Islam
  • - Surau HPSF bersebelahan Wad Perubatan dan surgikal (baru digunapakai pada Julai 2011) 

OBJEKTIF  
  • Melatih jururawat dengan kursus T.O.T(Training of Trainers) dengan ilmu berkaitan dengan wudhu' dan tayamum pesakit agar dapat membantu pesakit menunaikan solat.
  • Mewujudkan suasana HPSF yang mesra ibadah kepada pesakit2.
  • Meningkatkan kefahaman dalam permasalahan fiqh perubatan islam.
  • Meningkatkan kemahiran kepada anggota kakitangan hpsf menangani permasalahan ibadah pesakit.
  • Menjelaskan isu dan permasalahan yang berkaitan dengan ibadah pesakit.
  • Menerapkan konsep kaedah ibadah ketika sakit.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN : 


  • Bacaan doa pagi pada setiap hari di Pejabat Khidmat Pelanggan
  • Pengumuman masuknya waktu solat fardu
  • Menyediakan Kit-kit ibadat solat di setiap wad di HPSF. Peralatannya adalah : Botol spray, debu tayamum dan buku-buku bacaan Islam
  • Mengadakan kursus Training of Trainers kepada anggota HPSF secara berperingkat-peringkat
  • Mewujudkan surau/bilik sembahyang berhampiran Blok Medikal & Surgikal bagi memudahkan pesakit yang boleh bergerak untuk menunaikan solat.Lawatan Ziarah Pesakit ke wad-wad yang dipilih setiap minggu, hari khamis jam 04.00 petang – 05.00 petang.

No comments:

Post a Comment