DOA MAJLIS LAWATAN KERJA SEHARI, YB DATO SERI DR HILMI BIN HJ YAHYA (TIMB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA)
سْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
الحمد لله رب العالمين والعاقبة للمتقين ولا عدوان إلا على الظالمين والصلاة والسلام على إشرف الآنبياء والمرسلين, وخاتم النبيين وعلى آله وأصحابه أجمعين
أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلّهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ لا شَرِيْكَ لَهُ لا إِلهَ إِلا هُوَ وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ.
Ya Allah Ya Karim,
Tuhan yang menguasai langit dan bumi, hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala Rahmat dan BerkatMu, atas segala Nikmat dan Iradat yang telah Engkau tentukan ke atas kami.
اَللَّهُمَّ يَا حَنَّانُ يَا مَنَّان
Kami rafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu sehingga kami dapat berkumpul dalam majlis ini bersempena Lawatan Kerja Sehari, YB Dato’ Seri Dr Hilmi Bin Hj Yahaya (Timb Menteri Kesihatan Malaysia) Ke HPSF Muar pada saat dan tika ini. Kami juga bersyukur Ya Allah, kerana Engkau memberi ruang dan peluang untuk kami menimba pengalaman dan pelajaran baru. Moga - moga pengalaman yang cukup berharga ini memberi petunjuk dan pengajaran kepada kami bagi menambah baik mutu perkhidmatan kami pada masa akan datang , seiring dengan slogan (KKM) Kami Sedia Membantu.
Ya Allah Tuhan yang menyampaikan segala hajat dan permintaan,
Sesungguhnya kami amat bersyukur dan menghargai kesempurnaan nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai tahap pengurusan berkualiti, justeru dengan kudrat dan iradahMu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka permudahkanlah segala urusan kerja kami, sehingga kami dapat mengekalkan mutu perkhidmatan yang berkualiti demi kesejahteraan agama , bangsa dan negara kami yang tercinta.
Ya Allah kami menyedari dengan penuh ketaakulan bahawa Engkau amat menyayangi hamba-Mu yang melaksanakan sesuatu tugasan dan amanah dengan tekun dan teliti sehingga mencapai tahap kecemerlangan, lantaran kurniakanlah kami kecintaan, keinginan dan kecenderungan melaksanakan amanah dan tugas dengan penuh iltizam dan dedikasi demi mencapai tahap kerja yang cemerlang, dan bermutu tinggi.
Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati ,
Kami keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memohon dari-Mu
Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda dan tindakan melalui penghayatan visi dan misi Jabatan ini dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
Ya allah, jadikanlah perhimpunan kami ini, suatu perhimpunan yang engkau berkati.
Jadikanlah perpisahan kami selepas ini, perpisahan yang terhindar dari segala rupa bentuk kemaksiatan dan kejahatan. Jadikanlah kami semua ini beroleh kerahmatan dan keredhaan darimu ya Allah.
{رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA BENGKEL CRITICAL APPRAISAL ARTICLES
سْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
الحمد لله رب العالمين والعاقبة للمتقين ولا عدوان إلا على الظالمين والصلاة والسلام على إشرف الآنبياء والمرسلين, وخاتم النبيين وعلى آله وأصحابه أجمعين
أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلّهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ لا شَرِيْكَ لَهُ لا إِلهَ إِلا هُوَ وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ.
Kami hayati pagi ini ya allah, dimana pada pagi ini kerajaan alam ini ditanganmu. Puji untuk allah tidak ada sekutu baginya, tidak ada tuhan sebenarnya melainkan dia. Kepadanya kami bakal dihimpunkan.
Ya Allah Ya Karim,
Tuhan yang menguasai langit dan bumi, hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala Rahmat dan BerkatMu, atas segala Nikmat dan Iradat yang telah Engkau tentukan ke atas kami.
اَللَّهُمَّ يَا حَنَّانُ يَا مَنَّان
Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun di dalam bengkel Bengkel Critical Appraisal Articles, Peringkat HPSF, bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun, membina serta mempertingkatkan lagi taraf kesihatan serta menyumbang segala khidmat bakti kepada agama, bangsa dan Negara yang bertuah ini.
اَللَّهُمَّ يَا بَاسِطَ يَا حَفِيْظُ يَا رَقِيْبُ
Kami memohon kepadaMu Ya Allah, semoga dengan terlaksanaya bengkel ini kami mampu merencanakan segala perancangan mengikut ketentuan dan ketentuan daripadaMu Ya Allah, Mudahmudahan dengan segala usaha yang sedikit ini dapat mempertingkatkan lagi semangat cintakan tanahair ini, agar kami semua menjadi warga yang sihat sejahtera dan mendapat rahmat dari-Mu sepanjang masa.
اَللَّهُمَّ يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ
Berkatilah majlis yang diadakan ini, mudahmudahan dengan terlaksanaya majlis ini, dapat menambahkan lagi ilmu pengentahuan berkaitan dengan Clinical Practice, agar ianya dapat diaplikasikan kedalam tugas kami masing-masing. Justeru itu Satukan hati hati kami Ya Allah... di bawah panji kasihsayangmu, kurniakan kami kesihatan rohani dan jasmani yang sempurna, bekalkan semangat dan kesabaran, agar kami beroleh kemudahan dan kekuatan untuk menjayakan tugas dan amanahmu ini ya Allah. Kami sedar ya Allah..... Engkaulah sebaikbaik perencana, maka perencanaan kami di bawah perencanaanMu, lalu engkau lapangkanlah dada kami, bukakanlah minda kami agar kami mampu menghasilkan strategi dan perlaksanaan yang kemas serta memberi bekas.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
Ya allah, jadikanlah perhimpunan kami ini, suatu perhimpunan yang engkau berkati. Jadikanlah perpisahan kami selepas ini, perpisahan yang terhindar dari segala rupa bentuk kemaksiatan dan kejahatan. Jadikanlah kami semua ini beroleh kerahmatan dan keredhaan dari mu.
اَللَّهُمَ أَرِنَا اْلحَقَّ حَقًّا وَاَرْزُقْنَا اِّتِبَاعَه وَاَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَه, يَا أَوَّلاَ أَوَّلِيْنَ يَا آخِراً آخِرِينَ يَا ذَااْلقُوَّةِ اْلمَتِيْنَ, لاَ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنَا كُنَّا مِنَ الظَّاِلمِينَ.
وَصَلَّى الله ُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
No comments:
Post a Comment